PTPTN Beri Masalah Lagi – sequel

Posted on 27/03/2010. Filed under: Blogging, Budaya, Governance, Malaysia, My Rant, Pendidikan |

Sekarang drama PTPTN ini bukan lagi disebabkan PTPTN tidak menerima Surat Akuan Terima. Duit terakhir itu sehingga waktu dan tarikh ini masih belum diperolehi supaya anak saya dapat membayar hutang-huntangnya kepda temen-temannya.

Sekarang SURAT PERJANJIAN yang dimaksudkan ialah satu yang mempunyai tanda Mati Setem, masih dalam simpanan PTPTN. Anak Atuk menelepon seorang pegawai bernama Rosilawati aka Salawati aka Entahsiwati memberitau nya anak atuk bersama seorang temannya yang sama dibelit, mesti menghantar satu Surat Tuntutan untuk mendapatkan Surat Perjanjian itu.

Perlulah tuan-tuan ingat kembali, jauh sebelum (44 hari) ini semua kawan-kawan anak atuk sudah pun mendapat uang pinjaman PTPTN terakhir mereka dan agaknya sudah habis tuntas pun duit mereka. Mereka menerima uang pinjaman kerana telah mengembalikan Surat Akuan Terima surat perjanjian ke PTPTN, tindakan yang sama anak atuk dan temannya lakukan.

Kini PTPTN meminta anak saya dan temannya menghantar satu Surat Tuntutan Pengembalian Surat Perjanjian kepada PTPTN, barulah mereka dibayarkan pinjaman yang berkaitan.

Apakah rasionalnya anak atuk dan temannya diminta mengemukakan surat tuntutan ini, arahan tidak dikenakan kepada pelajar lain, yang terang-terang PTPTN mengakui di siang hari bahawa Surat Perjanjian pelajar malang yang dua orang ini masih berada di tangan PTPTN?

Dengan terang lagi bersuluh PTPTN menuding jari kepada budak dua orang ini di atas kesilapan PTPTN menyimpan atau tidak mengembalikan Surat Perjanjian yang mempunyai tanda Setem Dimatikan.

Tiga salinan Surat Perjanjian untuk penjamin telah pula dikirimkan dan diterima?

UPDATE
Hari ini Atuk call PTPTN dan pegawai menjawab permasalahan ini dengan baik. Rupanya borang perjanjian sudah di simpan di pejabat pos kerana tidak dapat menghubungi penerima dan dikembalikan semula ke PTPTN.
Bagaimanapun PTPTN tidak patut menahan pembayaran atas sebab ini dan harus menunaikan janjinya mengikut perjanjian.

Advertisement

Make a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Fashion58

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.