Tahanan Gitmo Tidak Bersalah
Ex-Bush Official Willing to Testify Bush, Cheney Knew Gitmo Prisoners Innocent
Jason Leopold

(Image: Lance Page / t r u t h o u t; Adapted: amarine88, Bebopsmile, ImageAbstraction, JoesSistah…)
t r u t h o u t>, April 9, 2010
Mantan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Donald Rumsfeld pernah melabelkan individu-individu yang ditahan oleh tentera Amerika selepas peristiwa 9/11 dan dikurung di Penjara Guantanamo Bay adalah orang-orang “yang paling jahat dari dari yang terjahat.”
Dalam satu wawancara radio pada bulan Jun 2005, Rumsfeld berkata banduan-banduan yang ditahan di Guantanamo, “semuanya telah ditangkap di medan peperangan,” dan mereka adalah “pengganas, jurulatih perang, pembuat bomb, pencari rekrut baru, pembekal kewangan, [Osama Bin Laden] pengawal peribadi, pengebom berani mati, mungkin perampas pesawat yang ke 20, dalam peristiwa 9/11.”
“Kita memperolehi banyak maklumat bagaimana al-Qaida beroperasi, dan dapat menggagalkan lain-lain serangan pengganas,” tambahnya.
Tetapi Rumsfeld mengetahui dia sebenarnya menyuarakan satu pembohongan, menurut seorang mantan pegawai tertinggi pentadbiran Bush.
Dan begitu juga kenyataan bekas Timbalan Presiden Dick Cheney bila beliau berkata, pada 2002 dan pada berdozen kenyataan awam selepas itu, bahawa banduan-banduan di Guantanamo adalah “kumpulan orang yang paling jahat ” dan “bahaya” dan “yang berhasrat untuk membunuh berjuta rakyat Amerika, yang tidak bersalah, jika mereka boleh, dan mereka bersedia untuk mati melakunya.”
Kini, dalam satu deklarasi bersumpah yang diperolehi secara eksklusif oleh Truthout, Col. Lawrence Wilkerson, bekas Ketua Staf (chief of staff) kepada mantan Setiusaha Negara Colin Powell semasa pemerintahan George W. Bush, berkata bahawa beliau sanggup untuk memberi kenyataan, di bawah “penalty of perjury”, perkara-perkara yang diketahui oleh pegawai-pegawai tertinggi Bush dan bila mereka mengetahuinya.
Beliau mendakwa bahawa Bush, Cheney, Rumsfeld dan lain-lain telah mengetahui majoriti besar tahanan yang ditangkap dalam operasi yang dipanggil Peperangan Terhadap Pengganas adalah orang yang tidak bersalah dan pentadbiran Bush mengelak untuk melepaskan mereka setelah fakta-fakta diperolehi kerana bimbangkan kesan politik yang akan menyusul terhadap pentadbiran Bush.
Deklarasi Wilkerson menyatakan,”Sehingga akhir Ogos 2002, saya dapati kumpulan pertama tahanan seramai 742 orang telah tiba di Guantánamo, dengan majoriti mereka tidak pernah menemui seorang pun tentera Amerika dalam proses penahanan dan penangkapan mereka tidak di kaji semula secara yang lebih bermakna. Setiausaha Powell juga cuba memberi tekanan untuk memberi alasan berhubung dengan tatacara penahanan tertentu kerana kanak-kanak yang berumur 12 dan 13 tahun serta warga tua sehingga berumur 92 atau 93 tahun juga telah dihantar ke Guantánamo. Sehinggakan pada masa itu, saya juga telah memahami pemilihan untuk menghantar tahanan ke Guantánamo adalah satu percubaan untuk meletakkan mereka diluar kuasa (jurisdiction) Perundangan Amerika Syarikat. “
Beliau menambah perlakuan ini telah menjadi “bertambah terang dan jelas ramai para tahanan adalah tidak bersalah, atau paling tidak kesalahan mereka adalah sukar untuk ditentukan di dalam mana mahkamah undang-undang, awam ataupun tentera. “
Kata Wilkerson, bagi Cheney dan Rumsfeld, dan lain-lain, “isu utamanya adalah untuk mendapatkan maklumat perisikan secepat yang mungkin, terhadap perancangan semasa dan akan datang kumpulan Al Qaeda dan operasinya tetapi yang lebih penting, pada tahun 2002-2003, adalah hubungan antara Al Qaeda dan pejabat perisikan dan polis rahsia rejim Saddam Hussein di Iraq.”