SIAPAKAH YANG MEMILIKI TANAH PALESTIN?
• “Penduduk Palestin terdiri daripada bangsa Arab yang beragama Islam dan yang beragama Kristian. Mereka sudah berada di negara itu sejak zaman dahulu lagi. Seperti yang telah disalah anggap, mereka tidak datang ke Palestin bersama-sama dengan kedatangan Muslim Arab Islam pada kurun ketujuh. Mereka adalah penduduk asal dan terawal negara Palestin. Rakyat Palestin hari ini adalah daripada keturunan kabilah Kanaan, Philistin, dan lain-lain kabilah yang telah menduduki negara itu. Professor Maxime Rodinson menjelaskan penduduk Arab Palestin adalah penduduk asli Palestin dalam arti kata yang sebenarnya. Bangsa Palestin terdiri dari kacukan elemen-elemen ras, terutama dari Yunani, Roman, Muslim Arab dan bekas-bekas pejuang perang salib. Penduduk Palestin ini, yang terdiri dari daripada orang Islam dan Kristian, seterusnya menjadi bangsa utama negara Palestin sehinggalah mahoriti mereka diganti oleh bangsa Yahudi pada tahun 1948.”
—Henry Cattan, Palestine and International Law, ms. 13, 1976.
• “Jika pandangan pengembangan Zionis diteruskan akan terdapat pergolakan di masa hadapan. Terlalu ramai bijak pandai Yahudi mengakui hakikat ini. Telah diakui penduduk Palestin pada masa ini, telah menduduki tanah Palestin sejak berabad-abad dahulu lagi, sehingga terdapat komuniti orang Syria yang mengakui mereka adalah keturunan Hittites. Walaupun begitu, bagi mereka yang mengetahui keadaan melalui hubungan terus dengan penduduk dan bukan dari edaran propaganda mengakui penduduk Palestin ini telah berada di situ sejak dua ribu tahun dahulu, berbanding dengan pendudukan bangsa Yahudi yang masih baru. Mengapakah harus para peneroka lama ini dihalau dan gigantikan tem[at mereka dengan pendatang yang baru (Yahudi)?”
—Stephen Bonsal, Suitors and Suppliants at Versailles, p. 45, 1919.
• “…tuntutan awal, yang lumrah di kemukakan oleh wakil-wakil Zionis, bahawa mereka mempunyai ‘hak’ terhadap Palestin berasaskan ‘pernah’ mendudukinya dua ribu tahun dahulu, tidaklah boleh dianggap sebagai sesuatu yang serius untuk dipertimbangkan.”
—Report of the King-Crane Commission, August, 1919.
• “Palestin bukan negara asal Yahudi. Ia diperolehi dengan penaklukan yang kejam, dan mereka tidak pernah menakluki secara keseluruhannya, seperti yang mereka kehendaki sekarang. Mereka tidak mempunyai tuntutan yang sah seperti juga tuntutan keturunan orang-orang Romawi kuno, terhadap negara ini (England). Orang Romawi menakluki Britain dalam jangka waktu yang lama seperti Yahudi menakluki Palestin, dan mereka meninggalkan banyak kesan-kesan sejarah yang bernilai.
“Jika kita menerima tuntutan berasaskan pendudukan ribuan tahun dahulu, keseluruhan dunia ini akan menjadi kacau bilau….”
—Lord Sydenham, Hansard, House of Lords, 21 June, 1922.
• “Jika ianya betul untuk membentuk satu negara Yahudi yang tidak pernah wujud selama dua ribu tahun, kenapa tidak kembali ke belakang seribu tahun lagi dan membentuk satu negara Kanaan? Tambahan lagi bangsa Kanaan, tidak seperti Yahudi, masih ada di sini.”
—H.G. Wells, quoted by Frank C. Sakran in Palestine Dilemma, p. 204.
• “Palestine kepunyaan orang Arab dalam erti kata yang sama England kepunyaan orang Inggeris, atau negara Perancis adalah kepunyaan orang Perancis. Adalah salah dan tidak berperikemanusiaan jika kita menggantikan orang Arab dengan Yahudi. Apa yang berlaku di Palestin adalah tidak sejajar dan tidak didapati dalam mana-mana aturan pun. “
—Mahatma Gandhi, Tendulkar, Mahatma, Vol. IV, 1938, p. 312.
• “Golda Meir pada pandangan saya adalah seorang berwibawa dan berpengaruh, walaupun beliau nampaknya tidak menunjukkan sedikitpun kefahaman atas bangsa Arab Palestin atau keadilan terhadap mereka. Beliau selalu bercakap tentang ‘hak sejarah dan spiritual bangsa Yahudi’, tetapi sangat susah bagi kita untuk menerima ‘hak sejarah’ ini yang mana ianya dicapai melalui pengusiran penduduk-penduduk yang telah menduduki negara itu sejak dua ribu tahun lagi. Prinsip yang beliau gunakan bagi pihak bangsa Yahudi, dengan membenarkan pengusiran orang-orang Palestin, jika diaplikasikan di mana-mana, boleh membawa kacau bilau di seluruh dunia. “
—General Odd Bull, mantan Ketua Turus UNTSO, War and Peace in the Middle East, ms.42.
• “Orang Arab Palestin sebelum ini mempunyai hak ke atas Palestin, sama seperti hak orang Perancis terhadap negara Perancis atau orang Inggeris terhadap England. Hak ini telah dicabul tanpa apa-apa provokasi dari mereka sendiri. Kenyataan yang jelas ini tidak boleh diketepikan. “
—Maxime Rodinson, Israel and the Arabs, 1968.
• “Kami orang-orang Jerman, merasakan orang Palestin adalah berhak untuk menentukan masa depan mereka sendiri, seperti mana bangsa-bangsa lain di dunia, sama seperti kami orang-orang Jerman. “
—Chancellor Helmut Schmidt bercakap pada sidang akhbar di Kaherah pada 28 Disember 1977.